1) Bawa satu salinan IC bersama , sebab kalau tak, kena pergi photostat dulu baru boleh dapat nombor giliran. Tempat photostat ada dekat tingkat bawah, sebelah cafe . Kena baya 40 sen. Aku pergi hari khamis, tak ramai orang, masuk2 je terus nombor giliran aku dipanggil.
2) Lepas nombor giliran dipanggil, pergi dekat kaunter and officer tu akan minta scan ibu jari , and ambil gambar terus kat situ. Oh, and dia ada tanya tinggi berapa, so make sure tahu ya. Untuk perempuan sila pakai tudung hitam atau warna gelap. Aku pakai tudung hitam bawal je, senang. Baju pun kalau boleh warna gelap sebab kalau tak kena pakai blazer yang disediakan. Nasib baik aku pakai cardigan warna gelap masa tu. Kalau tak rosak tudung nak betul2 kan balik, Hehe. Ambil gambar haruslah lawaa.
3) Next, lepas ambil gambar, pergi dekat kaunter bayaran. Kaunter2 ni sangat berdekatan, confirm senang nak cari, so tak perlu risau and officer tu akan bagitahu nak buat apa. Tunggu kejap sampai nama kena panggil dekat kaunter bayaran, and terus bayar . RM200 untuk 5 tahun, RM100 untuk 2 tahun, Lepas bayar, dia akan bagi resit. Ambil resit tu and LETAK kat atas kaunter kutipan passport. Aku tak tahu kena letak resit kat situ sebab orang tu cakap tunggu sejam . Aku pun tunggu la kejap sampai dalam 15 minit, aku pergi kat kaunter kutipan passport, dia kata letak resit dekat situ, kalau tak sampai petang pun tak dapat huhu. Tak sampai 5 minit lepastu , passport dah siap! Semua proses ni tak sampai 40 minit! yayy happy sebab aku la manusia paling 'rajin' bab2 uruskan dokumen. hehe. Tapi aku sistematik sebab tak nak serabut buat last minute.
Next, aku kena buat medical check up, TB test and lengkapkan visa nak sambung belajar ke UK :)
Semoga Allah permudahkan urusan dan harap2 benda aku tulis ni membantu .
Adios !
No comments:
Post a Comment